Wajib ke atas setiap individu yang layak mengeluarkan wang KWSP membayar zakat bagi keseluruhan jumlah yang dikeluarkan sekiranya mencukupi nisab dan haul kerana telah sempurna pemilikan iaitu pemilikan sepenuhnya (Hak Hiyazah) dan keupayaan mengurus atau mengguna (Hak Tasarruf).

Dikecualikan zakat ke atas pengeluaran yang dikeluarkan untuk pembiayaan rumah sekiranya rumah tersebut adalah rumah pertama sahaja.

Wang KWSP diwajibkan zakat serta-merta apabila pencarum mengeluarkan wang tersebut (sama ada ketika bersara, membeli rumah dan sebagainya) dan jumlah pengeluaran tersebut mencapai atau melebihi nisab. Permulaan tarikh haul diambil kira apabila cukup nisab dari jumlah simpanan yang dicarum.

Page 2 of 2
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG