Monday, 06 July 2020 06:57

Apakah dalil yang mewajibkan zakat ini? Berapakah pula nilai atau kadar zakatnya?

Rate this item
(0 votes)

Firman Allah S.W.T. dalam surah al- Baqarah yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, belanjalah pada jalan Allah sebahagian dari hasil kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu”. 

Nabi S.A.W. mengambil zakat daripada maadin/ galian al-Qabaliya.

Al-Qabaliyah dinisbahkan kepada Qabal, suatu tempat di kampung bernama al-Fur’ antara Makkah dan Madinah.

Imam an-Nawawi R.A berkata:

“Para ashab (ulama’ mazhab) kami berkata: Umat Islam sepakat tentang wajibnya zakat maadin/galian.

Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Pada rikaz itu wajib satu perlima (sebagai zakat)”.

Read 312 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG