Monday, 06 July 2020 06:41

Berapa kadar zakat yang diwajibkan untuk binatang ternakan unta?

Rate this item
(1 Vote)

Nisab bagi zakat ternakan unta bermula apabila seseorang itu memiliki 5 ekor unta dan tidak diwajibkan zakat sekiranya kurang dari jumlah tersebut. Kemudian iainya bertambah berdasarkan jadual di bawah :

Nisab

Kadar Yang Diwajibkan Zakat

5-9

1 ekor kambing

10-14

2 ekor kambing

15-19

3 ekor kambing

20-24

4 ekor kambing

25-35

Bintu makhad-unta yang usianya 2 tahun

36-45

Bintu labun-unta yang usianya 3 tahun

46-60

Hiqqah- unta yang usianya 4 tahun

61-75

Jaza’ah-unta yang usianya 5 tahun

76-90

2 ekor bintu labun

91-120

2 ekor Hiqqah

Jikalau jumlah unta lebih dari 120 ekor, maka wajib bagi setiap tambahan 40 ekor unta dikeluarkan seekor bintu labun dan tambahan 50 ekor unta dikeluarkan seekor Hiqqah. Ini bermakna jikalau berlalunya haul, 3 ekor bintu labun dan seekor hiqqah. Ini kerana 170 ekor unta adalah 3 kali jumlah 40 dan sekali jumlah 50 (3x40)+(1x50)=120+50=170.

Read 1534 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG