Nisab Semasa RM 10,446.73   

NISAB SEMASA

RM 10,446.73

(berdasarkan kepada
nilai 85 gram emas)

 
KALKULATOR







 
E-APLIKASI

 
E-KHIDMAT


 
BUKU TETAMU



 
PAUTAN
 
WAKTU SOLAT
 
 
FORUM


Pengguna


Kata Laluan


Belum Mendaftar?
Daftar baru

 
WEBMAIL PKZP
Kakitangan PKZP Sahaja

Server

Pengguna
Kata Laluan

| Kembali | Arkib Berita Agihan |

MAJLIS PENYERAHAN DAN AGIHAN ZAKAT SIRI 3/2009
22 Mei 2009
 

 ..Ringkasan Video

Jerantut, 12 Mei 2009 bersamaan 17 Jamadilawal 1430H; Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah mengagihkan bantuan zakat sebanyak RM231,600.00 kepada pelbagai penerima sempena Majlis Penyerahan Dan Agihan Zakat Siri 3/2009 yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Jerantut.

Seramai 150 orang jemputan yang terdiri daripada Penghulu, Pengerusi JKKK Daerah Jerantut, pengetua dan guru besar sekolah yang berdekatan telah menghadiri majlis yang bermula jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Senarai agihan keseluruhan pada hari tersebut adalah seperti, Surau Kampung Paya Petai Jerantut RM60,000, Surau Sek. Men Orang Kaya Haji, Lipis RM58,000, Persatuan Orang Cacat Penglihatan (Pertis) RM15,000, Van Jenazah Kampung Lipat Kajang, Temerloh RM70,000, Sek Men Agama Chat, Budu, Lipis RM20,000.

Bantuan Am Zakat (Sara Hidup)

- Puan Saripah Azizan binti Tengku Harun RM500

- Puan Haslinda biniti Md yazid RM400

- En Sayed Mohd Aziz bin Sayed Abd Rahman RM500

- En Rani bin Bedeli RM400

- Puan Mazlinawaty binti Ishak RM600

- En Jamaluddin bin Mat Yunan RM600

- En Azman bin Masri RM500

- En Rosli bin Afondi RM400 (pendidikan)


Bantuan Zakat Bulanan (Fakir/Miskin)

- Puan Husnida binti Sahar RM300 sebulan (Kg Sungai Badak, Jerantut)

- Puan Rosni binti Ibrahim RM500 sebulan (Kuaters JKR, Batu 1, Jerantut)

- Puan Siti fatimah binti Mohamad RM300 sebulan (Kg Sungai Badak, Jerantut

- En Mustapha bin Abdullah Satar RM200 sebulan (Kuala Tembeling, Jerantut)

- En Mohd Jelas bin Pilus RM100 (Kg Lata Kasah, Jerantut)


Pada Majlis yang sama Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, YDH Dato Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Hassan telah menerima bayaran zakat daripada dua badan korporat iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia berjumlah RM1,269,561.00 yang diwakili oleh Ybhg Dato Haji Zainuddin bin Hj Abdul Rahman selaku Ahli Lembaga Pengarah dan Bank Simpanan Nasional berjumlah RM100,000 yang diwakili oleh En Badli bin Hamsan, Pengurus Negeri.

Agihan zakat kepada asnaf

 

Serahan zakat oleh BKRM dan BSN

 

Disediakan Oleh,
Pegawai Hal Ehwal Islam
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.

Sumber Asal: MUIP

 .. Ringkasan Video


| Kembali | Arkib Berita Agihan |

 

 

©Hak Cipta Terpelihara
Unit Teknologi Maklumat
Pusat Kutipan Zakat
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

ingat ZAKAT, tunai ZAKAT, hidup BERKAT!
Kami telah menerima

hit sejak
30 Januari 2009