Kota Bharu, 24 Januari 2010 bersamaan 06 Safar 1431H; Lawatan ke Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 24 Januari, 2010 amat bermakna buat 47 kakitangan PKZ. Walaupun jumlah kutipan zakat yang dikutip oleh MAIK dan PKZ tidak jauh berbeza, namun MAIK lebih mempunyai potensi memandangkan purata pembayar zakat di negeri Kelantan telah membayar dengan amaun lebih besar berbanding dengan pembayar-pembayar zakat di negeri Pahang.
Pendekatan dalam urusan zakat di negeri Kelantan juga menarik dengan pelbagai usaha dan kaedah pengeluaran zakat kepada mereka yang berhak. Dalam taklimat yang diberikan oleh En. Nik Mohamed Noor bin Nik Ishak, KPP Bahagian Pembangunan MAIK, beliau telah menerangkan mengenai pelbagai program dan bentuk agihan zakat dalam membangunkan asnaf di negeri Kelantan. Kakitangan PKZ juga telah diraikan oleh Ybhg. Dato Haji Kamaruddin bin Mohd Zin, Timbalan Yang Dipertua MAIK yang telah turut memberikan maklumat dan motivasi kepada kakitangan PKZ.
Sebelum itu, pada sebelah malamnya satu perlawanan persahabatan futsal telah diadakan. Pihak pengurusan dan kakitangan PKZ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MAIK kerana telah sudi menerima kunjungan daripada kakitangan PKZ.

Kedatangan PKZ disambut mesra oleh MAIK

Penerangan organisasi oleh En. Nik Mohamed Noor bin Nik Ishak, KPP Bahagian Pembangunan MAIK dan cenderahari disampaikan oleh Ybhg. Dato Haji Kamaruddin bin Mohd Zin, Timbalan Yang Dipertua MAIK
|