Kuantan 03 Februari 2010 bersamaan 18 Safar 1431H; SKUAD ZIARAH Ops Bisnes bagi daerah Kuantan yang di lancarkan pada 27 Januari yang lalu telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna.
Skuad Ziarah selama tiga hari bermula 27-yang disertai oleh seramai 21 orang kakitangan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) dan dipecahkan kepada 7 kumpulan telah bergerak di beberapa kawasan seperti Jaya Gading, Taman Tas, Sungai Isap, Indera Mahkota, Cenderawasih, Tanjung Api, Teluk Sisek, Berserah dan lain-lain kawasan yang berdekatan. Kesemua kumpulan Skuad Ziarah Ops Bisnes telah berjaya mengunjungi 185 peniaga di sekitar daerah tersebut. Bilangan yang dikunjungi ini tidak mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu 315 peniaga. Bagaimanapun, sasaran dari segi kutipan dan sasaran pembayar baru telah berjaya dicapai. Seramai 49 pembayar baru telah membuat taksiran dan membuat bayaran semasa program dijalankan.
Skuad Ziarah Ops Bisnes ini akan bergerak ke Bandar Pekan, Bandar Chini & Bandar Chini Timur pada 17 hingga 19 Februari 2010. Pada 2 hingga 4 Mac, Skuad Ziarah Ops Bisnes akan menyusul ke Bandar Ikan Patin iaitu Temerloh dan seterusnya ke Bandar Bentong, Raub dan Lipis pada 16 hingga 18 Mac 2010.
Nantikan ketibaan Skuad Ziarah Ops Bisnes 2010 di tempat anda, kami ada membawa cenderahati !!!!
Keratan akhbar Sinar Harian edisi Pahang 03 Februari 2010

Disediakan Oleh,
En Nasir bin Abu
Penolong Pegawai Pemasaran
Pusat Kutipan Zakat Pahang
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
|