Kuantan, 10 Februari 2010 bersamaan 25 Safar 1431H; Resit rasmi bayaran zakat berjadual (PZB) yang berakhir pada 31 Disember 2009, sedang dicetak oleh Unit PZB PKZ. Seramai 33,700 orang akan menerima resit rasmi bayaran zakat masing-masing secara beransur-ansur.
Sehingga 05 Februari 2010, sebanyak 13,000 resit telah dihantar kepada pembayar-pembayar PZB dan kesemuanya dijangka akan menerima resit rasmi zakat tersebut menjelang Sambutan Maulidur Rasul 1431H iaitu pada 26 Februari 2010 bersamaan 12 Rabiul awal. Alhamdulillah, berbekalkan dengan 185 taklimat zakat, bilangan pembayar zakat melalui skim Berkat ini telah bertambah daripada 29,312 orang kepada 33,700 pada tahun 2009. Manakala jumlah kutipan PZB juga bertambah iaitu daripada RM14.7juta kepada RM17.6juta. Secara keseluruhannya kempen zakat melalui Skim Berkat ini berjaya dengan permohonan baru sebanyak 5,260 borang serta permohonan tambah bayaran sebanyak 974 borang.
Selain daripada itu, dimaklumkan juga bahawa kempen PZB pada tahun 2010 akan bermula pada 05 April sehingga 31 Mei iatu selama tujuh minggu. Dalam tempoh tersebut, skuad ziarah perunding-perunding zakat PKZ akan mengunjungi setiap jabatan dan sekolah-sekolah bagi menyampaikan dakwah kewajipan berzakat.
Resit, borang dan kalendar meja untuk pembayar PZB


Berikut ialah statistik bilangan pembayar dan amaun PZB mengikut daerah bagi tahun 2008 - 2009:
| 2008 |
|
2009 |
| Daerah |
Bil.Pembayar |
Amaun (RM) |
|
Daerah |
Bil.Pembayar |
Amaun (RM) |
| Kuantan |
9,915 |
7,434,438.14 |
|
Kuantan |
11,347 |
8,528,335.36 |
| Temerloh |
2,210 |
947,152.83 |
|
Temerloh |
2,833 |
1,185,841.18 |
| Jengka |
2,023 |
664,410.77 |
|
Jengka |
2,108 |
792,317.48 |
| Lipis |
1,643 |
617,017.88 |
|
Bentong |
1,853 |
734,932.08 |
| Bentong |
1,555 |
582,536.18 |
|
Pekan |
1,990 |
687,789.12 |
| Pekan |
1,717 |
576,772.66 |
|
Lipis |
1,776 |
629,907.00 |
| Jerantut |
1,339 |
457,756.27 |
|
Raub |
1,663 |
533,208.94 |
| Raub |
1,500 |
411,492.15 |
|
Jerantut |
1,515 |
529,072.73 |
| Muadzam Shah |
1,147 |
388,242.40 |
|
Muadzam Shah |
1,244 |
434,499.79 |
| Rompin |
955 |
246,791.11 |
|
Rompin |
1,054 |
285,555.42 |
| Bera |
800 |
231,889.50 |
|
Bera |
796 |
260,556.97 |
| Maran |
337 |
124,675.68 |
|
Maran |
400 |
151,896.79 |
| Cam.Highlands |
228 |
54,444.76 |
|
Cam.Highlands |
324 |
70,824.61 |
| Chenor |
132 |
48,503.72 |
|
Chenor |
183 |
65,003.32 |
| Lain-Lain |
3,811 |
1,924,368.16 |
|
Lain-Lain |
4,614 |
2,779,830.08 |
| |
29,312 |
14,710,492.21 |
|
|
33,700 |
17,669,570.87 |
Disediakan Oleh,
En. Mohd Azmi bin Haji Othman
Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat
Pusat Kutipan Zakat Pahang
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
|