Nisab Semasa RM 10,446.73   

NISAB SEMASA

RM 10,446.73

(berdasarkan kepada
nilai 85 gram emas)

 
KALKULATOR







 
E-APLIKASI

 
E-KHIDMAT


 
BUKU TETAMU



 
PAUTAN
 
WAKTU SOLAT
 
 
FORUM


Pengguna


Kata Laluan


Belum Mendaftar?
Daftar baru

 
WEBMAIL PKZP
Kakitangan PKZP Sahaja

Server

Pengguna
Kata Laluan

| Kembali | Arkib Berita Zakat |

AL-WAIZD 2010 RANCAK BEROPERASI
05 Februari 2010
 

Kuantan, 05 Februari 2010 bersamaan 19 Rabiulawal 1431H; Tahun 2010 terus menyaksikan kepadatan jadual kerja memenuhi kalendar tahunan PKZ Pahang. Pelbagai program dan gerak kerja baik di dalam mahupun di luar pejabat, telah disusun rapi agar segalanya dapat berjalan dengan lancar.

 

Program al-Waizd merupakan sebahagian daripada program yang akan diadakan sepanjang tahun 2010 ini. Sepanjang Mei hingga Disember 2009 lalu, sebanyak 38 buah masjid telah pun disinggahi skuad ini. Daripada 38 buah masjid tersebut, sebanyak 52 siri taklimat telah diadakan, merangkumi masjid di daerah Kuantan dan Pekan. Alhamdulillah, di celah-celah kesibukan OPS Bisnes dan pelbagai urusan di Ibu Pejabat sepanjang bulan Januari dan Februari 2010 pula, sebanyak 12 taklimat zakat telah diadakan di 11 buah masjid.

 

Kali ini sebanyak lima buah masjid di daerah Pekan iaitu Masjid (f) Chini Timur 1, Kg. Tanah Putih, Kg. Pahang Tua, Kg. Ketapang dan Kg. Pasir Panjang telah diadakan taklimat. Manakala di daerah Kuantan pula melibatkan masjid Kg. Cherating, Kg. Sungai Ular, Kg. Alor Batu Jabor, Damansara, Indera Mahkota 2 dan surau Bukit Istana.

 

Adakah anda pernah mengikuti program al-Waizd (kuliah maghrib berkenaan zakat yang disampaikan oleh pegawai PKZ) ini? Sila hantarkan komen atau cadangan anda berkenaan program ini melalui email info@zakatpahang.my.

Masjid Kampung Sungai Ular

 

Surau Bukit Istana

 

Masjid Indera Mahkota 2

 

Masjid Chini Timur 1

 

Disediakan Oleh,

Ust Wan Ahmad Safuan bin Wan Yahaya

Unit Dakwah dan Penyelidikan

Pusat Kutipan Zakat Pahang

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang

 


| Kembali | Arkib Berita Zakat |

 

 

©Hak Cipta Terpelihara
Unit Teknologi Maklumat
Pusat Kutipan Zakat
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

ingat ZAKAT, tunai ZAKAT, hidup BERKAT!
Kami telah menerima

hit sejak
30 Januari 2009