JENIS-JENIS ZAKAT SERTA PEMBAHAGIANNYA (Bahagian Kelima –Zakat Wang Simpanan )

 

Disusun Oleh :

Us. Felza zulrrafaaee b. Abd Hamid

Pegawai Penerangan dan Dakwah

PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang

rafaaee@zakatpahang.my

www.zakatpahang.my

 

SIRI KEDUA PULUH SATU

 

Jumhur ulamak feqah sependapat mengatakan wajib zakat pada mata wang. Mata wang tersebut telah menggantikan mata wang emas dan perak yang digunakan oleh orang-orang Arab terdahulu dalam berurus niaga sebelum kedatangan Islam. Mata wang emas dikenali sebagai "dinar"  manakala perak dikenali sebagai "dirham".

DALIL WAJIB ZAKAT WANG SIMPANAN

Hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud :

 

"Tiada wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar (85 gram). Apabila ada pada engkau 20 dinar dan cukup haul, maka wajiblah zakat padanya 1/2 dinar (2.5%) Maka jika lebih dari 20 dinar, hendaklah dihisab menurut lebihannya itu 2.5% daripada keseluruhannya."

(riwayat Abu Daud)

Pada dasarnya wang simpanan bermaksud "wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, saham, saham amanah serta lain-lain bentuk simpanan". Zakat dikenakan atas jumlah baki terendah yang sudah cukup nisab dan haul.

Contoh jenis-jenis wang simpanan :

 

1.       Simpanan bank

2.       Simpanan berbentuk pelaburan seperti Amanah Saham, Tabung Haji, KWSP, LTAT.

3.       Simpanan di rumah

 

 

KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT MENGIKUT JENIS-JENIS AKAUN.

Jadual 1 : Contoh Akaun Konvensional

TARIKH

MASUK

KELUAR

BAKI

 

(RM)

(RM)

(RM)

01/06/08

20,000

 

20,000

23/07/08

 

2,000

18,000

30/09/08

 

3,000

15,000

10/12/08

Faedah 200

 

15,200

12/02/09

 

1,000

14,200

11/03/09

 

2,000

12,200*

19/05/09

1000

 

13,200

 

* Baki terendah

Baki terendah dalam jadual ini ialah RM 12,200. Ia telah melebihi nisab (RM 8,909.48) dan genap setahun. Baki terendah diambil sebagai asas pengiraan zakat kerana ia merupakan jumlah yang tetap ada dalam simpanan sepanjang setahun (haul). Walaubagaimanapun, wang sebanyak RM 12,200 ini termasuk wang faedah. Oleh yang demikian, wang faedah perlu ditolak daripada baki terendah tersebut sebelum dikira zakatnya.

Cara Pengiraan

Tahun Haul                  :           1 Muharram – 30 Zulhijjah

Nisab (contoh)                        :           RM 8,909.48 (mengikut harga semasa bagi 85 gram emas)

Baki Terendah             :           RM 12,200 – RM 200 (faedah) = RM 12,000

Kadar Zakat                :           2.5%

Zakat yang Dikenakan :           RM 12,000 x 2.5% = RM 300

 

 

Jadual 2 : Contoh Akaun Wadiah

TARIKH

MASUK

KELUAR

BAKI

 

(RM)

(RM)

(RM)

01/06/08

20,000

 

20,000

23/07/08

 

2,000

18,000

30/09/08

 

3,000

15,000

10/12/08

Hibah 200

 

15,200

12/02/09

 

1,000

14,200

11/03/09

 

2,000

12,200*

19/05/09

1000

 

13,200

 

* Baki terendah

Baki terendah dalam jadual ini ialah RM 12,200. Ia telah melebihi nisab (RM 8,909.48) dan genap setahun. Baki terendah diambil sebagai asas pengiraan zakat kerana ia merupakan jumlah yang tetap ada dalam simpanan sepanjang setahun (haul). Wang sebanyak RM 12,200 ini termasuk di dalamnya pemberian hibah (hadiah dalam bentuk wang yang diterima oleh penyimpan terhadap wang yang disimpan setelah pihak bank menjalankan perniagaannya  dalam tempoh setahun)

 

Cara Pengiraan

Tahun Haul                  :           1 Muharram – 30 Zulhijjah

Nisab (contoh)                        :           RM 8,909.48 (mengikut harga semasa bagi 85 gram emas)

Baki Terendah             :           RM 12,200 (temasuk hibah)

Kadar Zakat                :           2.5%

Zakat yang Dikenakan :           RM 12,200 x 2.5% = RM 305.00 

 

 

Jadual 3 : Contoh Pengiraan Pelbagai Buku Akaun Simpanan

 

Sekiranya seseorang penyimpan mempunyai banyak akaun simpanan di dalam bank atau mana-mana institusi kewangan, satu tempoh haul yang sesuai mestilah ditentukan. Kemudian diambil baki terendah kesemua buku akaun simpanan dan sekiranya melebihi nisab maka hendaklah dikenakan zakat.

Cara Pengiraan  

Tahun Haul      : 1 Muharram – 30 Zulhijjah

Nisab (contoh)            : RM 8,909.48 (mengikut harga semasa bagi 85 gram emas)

TARIKH

BANK 1

BANK 2

BANK 3

JUMLAH

01/06/2008

10,000

200

2,700

12,900

23/07/2008

10,000

300

2,800

13,100

30/09/2008

10,000

300

3,000

15,100

10/12/2008

8,000

300

3,000

11,300*

12/02/2009

8,000

300

3,500

11,800

11/03/2009

8,000

300

4,000

12,300

27/05/2009

10,000

500

4,000

14,500

 

* Baki terendah dalam setahun bagi ketiga-tiga buku akaun.

Zakat yang Dikenakan  :          RM 11,300 x 2.5% = RM 282.50

 

ZAKAT WANG SIMPANAN KWSP / LTAT

          Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Angkata Tentera (LTAT) wajib dizakatkan serta-merta apabila dikeluarkan tanpa perlu menunggu setahun sekiranya amuan yang dikeluarkan itu melebihi nisab semasa. Zakatnya ialah 2.5% ke atas setiap pengeluaran yang menyamai atau melebihi nisab.