

Permohonan adalah dipelawa kepada rakyat Pahang/warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan seperti berikut : -
| Jawatan | : | Pembantu Pegawai Zakat ( Lelaki ) ( 3 kekosongan ) |
| : | SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Syariah Islamiah dan lulus Matematik atau Akaun; dan Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
|
| Gaji Permulaan | : | RM927.00 |
| Taraf perkhidmatan | : | Tetap |
| Umur | : | Antara 18 tahun hingga 30 tahun |
Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki sijil Sekolah Agama dan mempunyai pengetahuan mengenai penggunaan komputer.
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang boleh didapati di pejabat PKZ Pahang yang berhampiran atau dicetak dari laman web www.zakatpahang.my berserta salinan-salinan sijil yang disahkan, sekeping gambar berukuran pasport dan sertakan no.telefon rumah/pejabat/bimbit ke alamat :-
Pengurus Besar |
Permohonan hendaklah sampai ke alamat di atas selewat-lewatnya pada 07 Ogos 2012.
Catatan Am
Muat turun borang permohonan