diari pkz

ID Pengguna

Kata Laluan


Belum Mendaftar?
Daftar baru

Kakitangan PKZP Sahaja

ID Pengguna
Kata Laluan

 


LATARBELAKANG

Pusat Kutipan Zakat Pahang ditubuhkan pada 16 September 1995 dan mula beroperasi pada 02 Januari 1996 dengan 9 orang kakitangan. Penubuhan PKZ Pahang adalah bertujuan bagi meningkatkan kutipan zakat di negeri Pahang yang bermula sejak tahun 1983 oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)

Sebelum penubuhan PKZ Pahang, pada 1993, MUIP telah melantik sebuah badan swasta iaitu AZSB (Azzakah Sdn Bhd) untuk menguruskan kutipan zakat di daerah Kuantan sebagai percubaan. Oleh kerana Azzakah Sdb Bhd berjaya meningkatkan kutipan zakat 100% ,maka MUIP bersetuju supaya kaedah yang sama dilaksanakan diseluruh negeri Pahang pada tahun 1996 dengan pegangan saham 51% oleh MUIP dan 49% oleh AZSB. 4 tahun kemudian iaitu pada tahun 2000, MUIP telah mengambil alih PKZ Pahang sepenuhnya sehinggalah sekarang.

PKZ ditadbir oleh 4 orang Ahli Lembaga Pengarah yang terdiri daripada:

PENGERUSI

YDH Orang Kaya Indera Pahlawan
Dato Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Hassan
(SSAP.,SIMP.,DSAP.,SAP.,JSM.,AMP)
Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH

  1. Yang Hormat Prof. Dato' Dr Abdul Monir bin Yaacob ,(DIMP.,KMN.,)
  2. Yang Hormat Dato' Hajah Solehah binti Haji Osman (DIMP.,AMP.,PKC.,)
  3. Yang Hormat Dato' Haji Halidan Bin Md Daud (DIMP.,SMP.,AMP)

KAKITANGAN

Bermula dengan 9 orang kakitangan sejak tahun 1996, PKZ Pahang telah membuat pengambilan kakitangan sebanyak 16 kali dan jumlah kakitangan terkini ialah 69 orang. PKZ mempunyai 8 orang pegawai kumpulan A dan 12 orang kumpulan B serta 49 orang kumpulan C dan lain-lain.

OPERASI KUTIPAN ZAKAT

Pentadbiran dan pengurusan PKZ Pahang terbahagi kepada 3 bahagian utama:

  1. Pejabat Pengurus Besar
  2. Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
  3. Bahagian Operasi

PKZ Pahang mempunyai 12 buah pejabat seluruh negeri Pahang. Bermula dengan kutipan zakat sebanyak RM5.4juta melalui 5,076 pembayar sahaja pada tahun 1996 kini PKZ telah berjaya mengutip zakat harta sebanyak RM82.6juta serta 60,060 orang pembayar.

Selain daripada menyediakan kemudahan membayar zakat di kaunter pejabat-pejabat, PKZ juga mengadakan kerjasama dengan beberapa 12 agensi lain bagi memudahkan orang ramai menunaikan ibadah zakat. Antara agensi yang terlibat ialah BIMB,Pos Malaysia Berhad,Public Bank Berhad,Ambank Berhad,Agro Bank,BKRM, BSN,BMMB,Maybank,CIMB On Line dan juga akan menyusul Hong Kong Bank Berhad.

Bagi meningkatkan lagi kutipan di kawasan pedalaman khususnya peneroka-peneroka, PKZ Pahang telah mewujudkan sebuah unit khas iaitu Kaunter Zakat Bergerak bermula Mei 2012. Unit khas ini akan bergerak 3 hari seminggu di lokasi tumpuan peneroka dengan kemudahan bayaran secara online.

PELAN STRATEGI 5 TAHUN

  1. Mencapai sasaran kutipan zakat sebanyak RM130juta pada tahun 2016
  2. Mencapai sasaran bilangan pembayar seramai 80,000 orang pada tahun 2016
  3. Memantapkan dan memperkukuhkan program dakwah dan penerangan bagi tujuan penyebaran info zakat melalui medium saluran maklumat
  4. Memartabatkan syariat zakat sebagai agenda utama dalam arus perdana melalui kerjasama strategik dengan agensi yang berkepentingan
  5. Memaksimunkan aplikasi ICT (Teknologi maklumat & Komunikasi) dalam urusan zakat kearah mencapai sasaran kutipan dan bilangan pembayar zakat

mukasurat 1 | 2 | 3