diari pkz

ID Pengguna

Kata Laluan


Belum Mendaftar?
Daftar baru

Kakitangan PKZP Sahaja

ID Pengguna
Kata Laluan

 
<< kembali



TYDP MUIP LANCAR KEMPEN DI KAWASAN R&R

27 Mei 2010

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang melalui Pusat Kutipan Zakat telah melakar sejarah tersendiri dengan melancarkan kempen Dirikan Solat Dan Tunaikan Zakat di kawasan Rehat dan Rawat Temerloh Barat pada 26 Mei 2010. Program yang dianjurkan dengan kerjasama MTD Prime Sdn Bhd merupakan satu keunikan tersendiri yang cuba ditonjolkan kepada masyarakat. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YDH Orang Kaya Indera Pahlawan pahang, Dato Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Hassan, TYDP MUIP.

Dengan tema "Tiada Kewajipan Seagung Perintah ILAHI", MUIP berjaya menyampaikan mesej kepada masyarakat Islam bukan sahaja kepada golongan peniaga yang menyumbang kepada dana zakat di negeri ini, bahkan juga kepada para pengguna Lebuhraya Pantai Timur, bahawa golongan asnaf zakat terutamanya fakir dan miskin sebenarnya mendapat perhatian maksimum.

Selain daripada itu, kempen ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna LPT supaya memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan oleh MTD Prime Sdn Bhd dalam melaksanakan kewajipan terhadap perintah Allah SWT. Sebanyak 42 buah surau telah disediakan untuk kemudahan orang ramai sepanjang 169km iaitu bermula dari Kawasan Rehat dan Rawat Genting Sempah sehingga ke hentian Tol Jabor, Terengganu. Pelbagai info seperti panduan solat jamak dan qasar, banner dan bunting hari-hari kebesaran Islam serta jadual solat dan berbuka puasa dibekalkan disetiap surau sepanjang LPT ini.

Kemeriahan program ini juga diserlahkan lagi dengan tazkirah elektronik bertajuk Kenali Zakat dan dokumentari Zakat Penyelamat Ummah. Tazkirah dan dokumentari tersebut telah berjaya mengetuk pintu hati ahli-ahli persatuan penggerai yang bukan sahaja terdiri daripada pengusaha gerai R&R Temerloh Barat dan Timur, malahan juga kepada pengusaha gerai Hentian Gambang Barat, Gambang Timur serta Genting Sempah yang hadir untuk membuat taksiran zakat masing-masing.

PKZMUIP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih YH Dato Haji Abdul Manan bin Abdul Rahman, Pengarah JAIP, En Mohd Suhaimi bin Che Alwi, Naib Presiden Kanan, Bahagian Lebuhraya MTD Prime Sdn Bhd, Tuan Haji Ramli bin Baie, Ketua Penolong Pegawai, Pejabat Daerah Temerloh dan Puan Zaimawar binti Mohd Sah, Eksekutif Kanan MTD Prime Sdn Bhd yang bertungkus lumus memastikan program kerjasama ini berjalan dengan lancar. Tidak dilupakan juga kepada Pengerusi Persatuan Pengerai Temerloh Barat dan Timur, Gambang Barat dan Timur serta Genting Sempah yang turut hadir bagi mejayakan program ini. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita untuk meninggikan syiar "Tiada Kewajipan Seagung Perintah ILAHI".



Sekian, wassalam.


Disediakan oleh,

Us Mohd Azmi bin Hj Othman
Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat
Pusat Kutipan Zakat Pahang
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang