Nisab Zakat Semasa RM 14,793.82

ZAKAT PERNIAGAAN


DEFINISI;

Perniagaan atau dalam bahasa Arabnya Tijarah bermaksud jual dan beli untuk mendapatkan untung. Semua jenis perniagaan wajib ditaksir zakat selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak sama ada perniagaan sendiri, perkongsian, berhad, koperasi atau lain-lain.

Dalam kes perkongsian, zakat dikenakan ke atas jumlah keseluruhan nilai harta (sum value) yang dimiliki oleh rakan kongsi. Nilai zakat yang dikenakan atas setiap rakan kongsi dikira mengikut nisbah modal yang disumbangkan oleh setiap individu yang menyertai perkongsian tersebut.

Perbahasan fiqh mengklasifikasikan sumber zakat perniagaan seperti berikut:

  1.  Perniagaan berasaskan barangan seperti kedai runcit, borong, pasaraya, industri dan lain-lain.
  2.  Perniagaan berasaskan perkhidmatan seperti bank, bengkel kereta dan lain-lain.

SYARAT-SYARAT TAMBAHAN:

  1.  Harta & Perkhidmatan yang Halal.
  2.  Harta yang Produktif (al-nama’).
  3.  Sumber Harta Perniagaan.
  4.  Niat untuk Diniagakan.
  5.  Harta Perniagaan tidak digunakan untuk kegunaan sendiri.

 

KAEDAH KIRAAN


Bagi sesebuah perniagaan yang mempunyai penyata kewangan yang lengkap, pengiraan zakat adalah berpandukan ‘kunci kira-kira’ (statement of financial position).

1. KAEDAH MODAL BERKEMBANG

Ekuiti pemilik (+) Liabiliti Jangka Panjang (–) Aset Tetap (–) Aset Bukan Semasa (+/–) Pelarasan (=) Harta perniagaan yang diwajibkan zakat

2. KAEDAH MODAL KERJA

Aset Semasa (–) Liabiliti Semasa (+/–) Pelarasan (=) Harta perniagaan yang diwajibkan zakat

*Bagi yang TIDAK MEMPUNYAI penyata kewangan yang lengkap, kaedah pengiraan zakat adalah seperti berikut;

  1. Ada stok barang, contoh; kedai runcit, kedai buku, pasar raya – kaedah seperti kaedah modal kerja
  2. Tiada stok barang, contoh; kontraktor – (Terimaan Perniagaan – Perbelanjaan Perniagaan = Keuntungan setahun X 2.5%