Nisab Zakat Semasa RM 14,495.09

berita3ogos2016

BADAN KORPORAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ZAKAT

1 JULAI 2016 bersamaan 26 RAMADHAN 1437H
Kuantan, Pahang

Segala puji dan syukur kehadrat Allah S,W.T di atas limpah rahmatNya, 9 badan korporat telah menyerahkan zakat perniagaan masing-masing.
Majlis penyerahan zakat tersebut disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia (KDYTM) Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Al-MUsta’in Billah bertempat di Istana Abdul Aziz, Bukit Istana Kuantan.
Majlis tersebut diadakan sempena Majlis Iftar dan pengurniaan sumbangan kepada rumah anak-anak yatim seluruh daerah Kuantan yang disempurnakan oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang. Turut hadir dalam majlis tersebut YAB Dato’ Sri Diraja Adnan bin Yaakob, Menteri Besar Pahang, YDH Dato Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Hassan, Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, Dato’ Hj Halidan Md Daud, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang serta beberapa badan dan individu korporat yang lain.
Berikut adalah wakil-wakil badan korporat yang telah menyerahkan zakat tersebut:

INSTITUSI/BADANPENYERAH ZAKATAMAUN (RM)
Tenaga Nasional BerhadYH Dato’ Ir Sharuddin Mohd Simin Pengurus Besar Negeri Pahang1,370,918.07
Bank Pembangunan Malaysia BerhadEncik Mohamed Rafidz Ahmed Rasiddi Presiden / Pengarah Urusan Kumpulan1,265,412.29
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia BerhadJeneral Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz Zainal (B) Pengerusi Bank Rakyat1,090,570.00
Maybank Islamic BerhadYBhg Dato' Mohamed Rafique Merican Mohd Wahiduddin Merican Ketua Pegawai Eksekutif500,000.00
Etiqa Takaful BerhadEncik Ahmad Rizlan Azman Ketua Pegawai Eksekutif296,000.00
Bank Islam Malaysia BerhadYBhg Dato’ Sri Zukri Samat Pengarah Urusan231,861.66
QSR Brands (M) Sdn BhdEncik Mohd Roslan Mohd Saludin Pengurus Besar Jabatan Shariah & Pematuhan Halal214,760.75
Bank Muamalat Malaysia BerhadPuan Mashitah Haji Osman Ketua Pegawai Operasi (COO-Business)146,891.21
Celcom Axiata BerhadEncik Saiful Bahrin Abd Ghaffar Pengarah, Penjenamaan dan Perhubungan Kerajaan121,843.00
JUMLAH KESELURUHAN5,238,256.98

Di dalam majlis berasingan, Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Malaysia Building Society Berhad (MBSB) turut menyerahkan zakat perniagaan yang berjumlah RM 35,000.00 dan RM 14,826.00.
Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada semua badan korporat tersebut kerana telah melaksanakan ibadah zakat serta semua muslimin dan muslimat. Semoga kita semua sentiasa dirahmati ALLAH SWT. Sentiasa. Amin.
Salam Aidil Fitri. Maaf zahir dan batin daripada warga PKZ Pahang.