Nisab Zakat Semasa RM 15,130.76

berita21september2016a

PROGRAM BERSAMA DUTA PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG

Segala pujian kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, pada 23 hingga 25 Ogos 2016 yang lalu, Pusat Kutipan Zakat Pahang zon barat telah menganjurkan satu program bersama ustaz Fauwaz Fadzil Nor, duta bagi Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Objektif program kali ini adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan mengeluarkan zakat sebagai penyucian harta di samping mencapai objektif utama iaitu menggalakkan peserta membuat bayaran zakat terutama melalui potongan gaji.

Program yang dijalankan di sekitar Bentong melibatkan agensi-agensi seperti Jabatan Penjara Malaysia, 93 Depot Pusat Peluru Kem Mempaga, Amanah Ikhtiar Malaysia serta agensi-agensi kerajaan yang lain.
Selain itu, program tersebut diadakan untuk berkongsi info-info berkaitan isu semasa zakat serta memberi penjelasan tentang permasalahan yang berbangkit berkaitan zakat.

Secara kasarnya, sebanyak 130 borang potongan gaji untuk bayaran zakat telah berjaya dikumpul sepanjang program ini dijalankan. Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran terhadap zakat yang telah dikeluarkan dan memberkati segala harta mereka yang masih tinggal.

Disediakan oleh

Mohamad Farizol bin Ramli

Pembantu Tadbir Zon Barat