Nisab Zakat Semasa RM 14,729.07

berita14april2017

SERAHAN ZAKAT KORPORAT

16 MAC 2017 bersamaan 19 JAMADILAKHIR 1438H
Pekan, Pahang

Segala puji dan syukur kehadrat Allah S,W.T di atas limpah rahmatNya, 4 badan korporat dengan jayanya telah menunaikan fadhu zakat.

Majlis penyerahan zakat tersebut disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Al-MUsta’in Billah bertempat di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, MUIP Pekan.

Turut hadir dalam majlis tersebut YDH Dato Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Hassan, Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, Dato’ Hj Halidan Md Daud serta turut disaksikan oleh Ahli Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Berikut adalah wakil-wakil badan korporat yang telah menyerahkan zakat tersebut:

1. Ybhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Shukor Husin, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Haji telah menyerahakan zakat perniagaan sebanyak RM 2,809,096.64

2. YB. Dato’ Seri Haji Saipolbahari haji Suib, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM 1,430,578.34

3. Ybhg. Datuk Zamani Abdul Ghani, Pengerusi Bank Islam Malaysia Berhad telah menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM 366,826.66

4. Ybhg. Dato Adissadikin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad telah menyerahakan zakat perniagaan sebanyak RM 250,000.00.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada semua badan korporat tersebut kerana telah melaksanakan ibadah zakat serta semua muslimin dan muslimat. Semoga kita semua sentiasa dirahmati ALLAH SWT. Sentiasa. Amin.