Nisab Zakat Semasa RM 15,003.97

berita26april2017

PKZ Pahang membangunkan applikasi Chatting pintar ; ZAKATCHAT

Pusat Kutipan Zakat Pahang dalam usaha menyediakan kemudahan-kemudahan urusan zakat melalui adaptasi kemudahan yang ada dalam dunia teknologi maklumat. PKZ Pahang cuba mengenengahkan aplikasi-aplikasi yang informatif, ringkas dan pantas. Dalam usaha pihak PKZ Pahang bersaing seiring dengan perkembangan sistem teknologi maklumat, pihak PKZ Pahang telah mencipta satu inovasi dalam urusan memudahkan soal jawab zakat di kalangan pengguna dengan mencipta perisian 'chatting’ khas yang dikenali dengan ‘ZakatChat’.

ZakatChat’ ialah satu teknologi perbualan yang menggabungkan kepintaran buatan (Artificial Intelligence) dengan pangkalan data maklumat yang disimpan dalam server bagi membolehkan ia menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh pengguna sehampir mungkin dengan jawapan manusia. ‘ZakatChat’ ini berfungsi secara automatik tanpa perlu dikawal, ia akan memberikan perkhidmatan menjawab soalan dan kemusykilan pada bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada waktu bekerja atau cuti sebagaimana medium-medium sediaada yang lain. Para pengguna boleh terus mendapatkan jawapan serta-merta hasil daripada soalan yang diajukan dan tiada masa menunggu diperlukan.

Produk ‘ZakatChat’ ini berjaya dibangunkan hasil daripada kerjasama pintar antara PKZ Pahang dengan pihak UMP Consultancy & Training Sdn Bhd (UCT). Pada 24 Mac 2017 lalu, satu majis serahan rasmi produk ‘ZakatChat’ telah berlangsung antara Pengarah Urusan UCT, Encik Syed Mohamad Hamzah Al-Junid kepada Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang, YH Dato Haji Halidan bin Md Daud. Majlis tersebut berlangsung di Dewan Banquet Universiti Malaysia Pahang Kampus Pekan yang disaksikan sendiri oleh Naib Canselor UMP, Yang Hormat Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir bin Ibrahim.

Disediakan oleh,

HAJI CHE SAMSOL BIN IBRAHIM

KETUA BAHAGIAN KORPORAT