Nisab Zakat Semasa RM 14,793.82

berita5mei2017a

SIMPANAN ASB WAJIB ZAKAT

Bermulanya tahun baru, menjadi kebiasaan rakyat Malaysia akan membanjiri Kaunter Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bagi mengemaskini akaun dan mengeluarkan dividen masing-masing. Berdasarkan amalan tersebut, Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) khususnya bahagian Pemasaran telah mengambil inisiatif dengan memberi penerangan serta dakwah berkaitan ibadah Zakat Wang Simpanan ASNB ini.

Hasilnya PKZ Pahang telah berjaya menyampaikan dakwah berkaitan zakat ASNB melalui kaunter penerangan dan kutipan zakat di lokasi-lokasi terpilih sekitar Pahang diantaranya ialah Pejabat Cawangan ASNB Kuantan dan Maybank Temerloh pada 03 Januari 2017 sehingga 11 Januari 2017 baru-baru ini. Tujuan kaunter dibuka adalah untuk memberi pendedahan bahawasanya wang simpanan ASNB serta dividen yang diperoleh adalah wajib dikeluarkan zakat jika telah mencukupi syarat-syaratnya. Selain itu, kaunter ini dibuka bagi memudahkan masyarakat untuk melaksanakan ibadah zakat.

Sepanjang 5 hari pembukaan kaunter di lokasi-lokasi terpilih sekitar Pahang, sambutan daripada masyarakat adalah sangat baik. Bagi yang sudah biasa, mereka mengambil peluang untuk menunaikan zakat mereka di kaunter tersebut tanpa mengangguhkan kewajipan mereka. Manakala, bagi mereka yang masih tidak memahami berkaitan kewajipan ini, mereka begitu berpuas hati dengan penyediaan kaunter oleh PKZ Pahang yang banyak membantu memberi penerangan berkaitan kewajipan zakat wang simpanan. Diharapkan dengan sedikit usaha ini dapat mendidik masyarakat muslim tentang kewajipan berzakat.