Nisab Zakat Semasa RM 14,793.82

berita5mei2017c

GEMPUR PZB ZON TIMUR

Potongan Zakat Berjadual atau PZB telah menjadi pilihan pembayar-pembayar zakat pendapatan di kalangan kakitangan kerajaan mahupun swasta seluruh negeri Pahang. PKZ Pahang Zon Timur, telah membuka kaunter pertanyaan dan bayaran di sekitar Kuantan bermula sejak Januari sehingga kini malah akan terus menyediakan perkhidmatan tersebut pada masa-masa akan datang.

Pada Januari 2017, Kakitangan TUDM Kuantan serta guru-guru Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah turut sama membuat potongan zakat pendapatan mereka melalui kaedah PZB dengan bantuan dan penerangan oleh Staf Zon Timur yang telah memilih untuk membuka kaunter di tempat mereka. Bagi bulan Februari 2017 pula, PKZ Pahang melalui staf Zon Timur telah membuka kaunter pertanyaan dan bayaran di Klinik Kesihatan Beserah.

Kehadiran ke kaunter adalah memberangsangkan dan ramai pembayar baru telah mula membuat potongan gaji melalui borang yang disediakan. Semoga usaha yang dilakukan dapat memudahkan urusan pembayar-pembayar zakat untuk menunaikan kewajipan mereka.