Nisab Zakat Semasa RM 14,793.82

PELANCARAN APLIKASI BARU PKZ PAHANG.

KUANTAN-31 Julai 2017 Bersamaan 7 Zulkaedah 1438 Hijrah. Satu majlis tertutup telah diadakan di Bilik Seminar Ibu Pejabat PKZ Pahang sempena pelancaran Aplikasi “ZakatChat”.

 

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, Dato’ Haji Halidan bin Md Daud.

 

Dalam ucapan beliau, PKZ Pahang dengan rasa bersyukur telah berjaya mengadakan satu aplikasi interaksi cara perbualan (Chatting) mengenai zakat dengan nama ‘ZakatChat”. Pelbagai persoalan zakat boleh ditanyakan melalui aplikasi ini dengan jawapan diberikan serta merta.

 

Pada masa yang ini aplikasi ini boleh dimuattrun diplatform Android (Google Play Store). Untuk App Store (IOS) akan menyusul pada masa yang terdekat.

 

ZakatChat juga dibangunkan bagi memenuhi keperluan masyarakat kini yang lebih menggunakan kaedah Chatting / bertulis untuk berhubung,

 

ZakatChat’ ialah satu teknologi perbualan yang menggabungkan kepintaran buatan (Artificial Intelligence) dengan pangkalan data maklumat yang disimpan dalam server bagi membolehkan ia menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh pengguna sehampir mungkin dengan jawapan manusia.

 

‘ZakatChat’ ini berfungsi secara automatik tanpa perlu dikawal, ia akan memberikan perkhidmatan menjawab soalan dan kemusykilan pada bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada waktu bekerja atau cuti sebagaimana medium-medium sediaada yang lain.

 

PKZ Pahang berharap agar umat Islam memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini agar kita semua dapat menunaikan kefardhuan zakat dengan sempurna.

 

Hanya muat turun di Android “Google Play Store “ , anda boleh berkomunikasi berkenaan zakat dalam ”ZakatChat”.

 

JOM INSTALL SEKARANG.

 

 Install di telefon