Nisab Zakat Semasa RM 14,082.56

KUTIPAN ZAKAT 2017 MENCAPAI SASARAN

Alhamdulillah hasil kutipan zakat harta pada tahun 2017 telah dapat mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang iaitu RM120.0juta. Bagi tahun 2017, kutipan zakat harta bagi seluruh negeri Pahang adalah sebanyak RM126.6juta. Ini bermaksud berlakunya peningkatan sebanyak 9.7% berbanding kutipan tahun 2016 iaitu sebanyak RM115.4juta. Dari segi bilangan, jumlah pembayar yang membayar zakat harta pada tahun 2017 adalah sebanyak 83,169 orang berbanding dengan tahun 2016 seramai 80,184.

Penyumbang terbesar bayaran zakat harta adalah daripada zakat pendapatan dan harta yang dibuat melalui potongan gaji. Sebanyak RM47.3juta telah diterima melalui potongan gaji dengan bilangan pembayar seramai 57,331 orang. Amaun kedua terbesar adalah diterima daripada zakat perniagaan yang meliputi badan-badan korporat serta lain-lain perniagaan. Jumlah yang diterima daripada kategori ini adalah sebanyak RM45.0juta.

Bagi tahun 2017, dengan pelbagai pelan strategik yang telah dirancang PKZ berkenyakinan untuk menggapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu RM 130 juta dan sasaran pembayarn seramai 85,000 orang.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT.