Print this page
Wednesday, 05 January 2022 04:02

PKZ PAHANG BANTU MANGSA BANJIR

Rate this item
(1 Vote)

Kuantan, 3 Januari 2022 – Bencana banjir besar yang melanda negeri Pahang baru-baru ini telah memberi kesan kepada beberapa buah daerah antaranya daerah Kuantan, Temerloh, Bentong, Jerantut dan beberapa daerah lain.

Turut terkesan adalah berbelas rumah kakitangan Pusat Kutipan Zakat Pahang dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang. Antara penempatan kakitangan yang ditenggelami banjir adalah di Taman Inderapura, Perumahan Bukir Rangin Perdana, Perumahan Cenderawasih dan Mentakab. Ada di antara mereka yang mengalami dua kali banjir sepanjang tahun 2021 sehingga tenggelam keseluruhan rumah.

PKZ Pahang telah menubuhkan 2 kumpulan skuad pembersih bagi menghulurkan bantuan untuk membersihkan rumah kakitangan dan mangsa banjir lain. Antara gerak kerja yang dilakukan adalah membersihkan rumah, membasuh peralatan rumah dan melupuskan sampah sarap  hasil daripada kesan banjir. PKZ Pahang juga turut memperuntukkan bantuan khas kepada kakitangan yang terlibat.

Semoga dengan bantuan yang dihulurkan ini, ianya sedikit sebanyak dapat meringankan  bebanan mangsa banjir dan mendatangkan sedikit keceriaan kepada mereka. Hikmah di sebalik kejadian musibah banjir adalah menyuntik semangat tolong-menolong dan merapatkan lagi ukhuwah di kalangan masyarakat. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan semua mangsa banjir dan menggantikan rezeki yang lebih baik daripada sebelumnya.

Disediakan oleh,
Haji Che Samsol bin Ibrahim
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 623 times