Wednesday, 26 January 2022 06:33

MOH NGAJI MEGA 2022

Rate this item
(0 votes)

KUANTAN, 23 Januari 2022 - Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang menyebarkan khidmat sosial kepada masyarakat dengan melaksanakan Program Moh Ngaji Mega 2022 yang diadakan secara fizikal dan atas talian bertempat di Auditorium Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Program ini melibatkan qari dan pengacara My Quran Time TV Alhijrah iaitu Ustaz Ahmad Tarmizi bin Abdul Rahman dan Ustaz Fazrul Fahmee bin Ismail.

Program ini juga turut menampilkan penampilan istimewa oleh Qari Negeri Pahang iaitu Ustaz Mohd Shahid Sabri dan Qari daerah Jerantut Ustaz Muhammad Izzan Idris melalui battle Taranum Al-Quran.

Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, YH. Dato’ Haji Halidan Md Daud berkata, “Antara tujuan lain program ini diadakan adalah untuk menyebarkan info zakat dan waqaf di PKZ Pahang menerusi media sosial. Program Moh Ngaji Mega 2022 ini melibatkan seramai 110 orang peserta termasuklah pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) dan orang ramai,”

Jelasnya, program seumpama itu juga bertujuan memasyarakatkan PKZ Pahang kepada orang ramai melaui pelbagai medium. Pusat Kutipan Zakat Pahang juga berhasrat mencari rakan strategik media sosial dari setiap institusi dan organisasi serta NGO bagi menyebarluas info zakat dan wakaf melalui Program Moh Ngaji Mega.

Menurut Dato’ Haji Halidan, program sama turut mendapat penyertaan daripada orang ramai dalam dan luar negara menerusi siaran atas talian di Facebook rasmi Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Disediakan oleh,
Wan Nor Mazuani binti Wan Mokhtar
Unit Media sosial
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 505 times