Thursday, 28 April 2022 12:09

JEJAK PENIAGA PKZ PAHANG

Rate this item
(1 Vote)

24 MAC 2022, Lipis – Menjadi kelaziman bulanan, Pusat Kutipan Zakat Pahang Zon Barat yang terdiri daripada PKZ Raub, Bentong dan Kuala Lipis akan menziarah para peniaga untuk taksiran dan bayaran zakat perniagaan di sekitar daerah Zon Barat. 

Program yang telah dijalankan selama tiga hari ini bermula 21 Mac  sehingga 23 Mac 2022 telah menerima bayaran zakat perniagaan daripada 67 orang peniaga iaitu seramai 25 orang peniaga daerah Raub, 19 orang daerah Lipis dan 23 daerah Bentong. Program kutipan bulanan zakat perniagaan yang dijalankan Pusat Kutipan Zakat Pahang ini adalah bertujuan bagi membantu dan memudahkan urusan pihak peniaga yang tidak berkesempatan untuk menunaikan ibadah zakat perniagaan mereka. 

Pihak Pusat Kutipan Zakat Pahang akan terus komited dalam membantu para peniaga zakat untuk menunaikan zakat harta mereka di Pusat Kutipan Zakat Pahang. 

Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran terhadap zakat yang telah dikeluarkan dan memberkati segala harta mereka yang masih tinggal.

Disediakan oleh,
Ahmad Mustaqim bin Zainol Abidin
Pegawai Zakat
PKZ Cawangan Raub

Read 109 times