Thursday, 28 April 2022 12:13

SKIM WAKALAH SEKOLAH MENDAPAT SAMBUTAN

Rate this item
(0 votes)

14 APRIL 2022, Raub -  Pusat Kutipan Zakat Pahang  Zon Barat memberi fokus kepada taklimat Wakalah dan Skim Potongan Gaji kepada sekolah-sekolah di seluruh Zon Barat. Wakalah adalah bermakna Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang mewakilkan kuasa kepada pihak sekolah untuk mengagihkan sendiri wang zakat kepada golongan asnaf yang layak menerima zakat.

Kelayakan wakalah adalah pemulangan semula sebanyak 30% daripada amaun pembayaran zakat potongn gaji kakitangan setiap sekolah. Syarat kelayakan pula sekolah tersebut mestilah mencapai 90% kakitangan berzakat dan amaun zakat bulanan hendaklah melebihi RM1,000 (sekolah rendah) dan RM2,500 (sekolah menengah). Antara asnaf yang boleh menerima manfaat pemulangan zakat seperti pelajar-pelajar miskin, pelajar mualaf, aktiviti keagamaan dan kelengkapan surau.

Dalam tempoh dua bulan operasi dilakukan, sebanyak 15 sekolah telah berjaya dilawati untuk sesi taklimat dan kaunter penerangan zakat kepada guru-guru dan kakitangan sekolah. Tujuan program diadakan adalah bagi memberi penjelasan berkenaan kewajipan untuk membuat taksiran zakat. Hasilnya seramai hampir 400 kakitangan Kementerian Pendidikan telah mengisi borang untuk menunaikan zakat secara bulanan.

Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran terhadap zakat yang telah dikeluarkan dan memberkati segala harta mereka yang masih tinggal.

Disediakan oleh,
Ahmad Mustaqim bin Zainol Abidin
Pegawai Zakat
PKZ Cawangan Raub

Read 121 times