Thursday, 28 April 2022 15:41

IFTAR RAMADAN  PKZ WILAYAH BARAT

Rate this item
(0 votes)

20 April 2022, RAUB – Program Iftar Ramadan Pusat Kutipan Zakat Wilayah Barat kerjasama tiga agensi telah diadakan Masjid Sultan Abu Bakar Raub, di mana program ini merupakan program kolaborasi sulung di antara Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (ANGKASA).

Program ini telah dihadiri oleh 44 buah koperasi, 90 orang peserta dan 20 orang staf dari ketiga-tiga agensi yg terlibat menjadikan jumlah keseluruhan peserta ialah sebanyak 110 orang. Turut hadir dalam Majlis tersebuat adalah Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fatah bin Abdullah, Pengarah SKM negeri Pahang, Radiatul Fitri bin Dollah dan Pengurus Zon Barat PKZ Pahang, Mohd zaisam bin Zainal. 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara agensi di samping berkongsi info dan pendapat berkenaan agensi masing-masing. Di dalam program ini turut disampaikan dua taklimat berkaitan Skim Pembiayaan Koperasi SKM dan Syarat Pematuhan Syariah daripada ANGKASA. 

Pihak Pusat Kutipan Zakat Pahang berharap dengan adanya program iftar Ramadan bersama, 3 agensi ini dapat mengeratkan lagi hubungan bagi memudahkan urusan membangunkan pihak koperasi di masa akan datang.

Disediakan oleh,
Ahmad Mustaqim bin Zainol Abidin
Pegawai Zakat 
PKZ Cawangan Raub

Read 100 times