Print this page
Friday, 29 April 2022 11:56

PROGRAM KHATAM QURAN DAN IFTAR JAMAIE 

Rate this item
(0 votes)

KUANTAN, 28 April 2022 – Sepanjang bulan ramadhan ini Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang (PKZ) melalui Unit Kerohanian PKZ Pahang telah menganjurkan aktiviti halaqah tadarus Al-Quran secara berkumpulan oleh 97 kakitangan Pusat Kutipan Zakat Pahang setiap hari. 

Sesuai dengan bulan Ramadhan selain berpuasa, menunaikan solat Tarawih, umat Islam dituntut untuk menghidupkan Ramadan dengan membaca al-Quran kerana ianya adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah SWT. Amalan membaca al-quran bukan sahaja mendapat imbuhan pahala tetapi juga merangkap penawar kepda pembacanya. 

Seusai khatam tadarus Quran, unit kerohanian telah menganjurkan satu majlis Khatam Quran dan Iftar Jamaie di kalangan PKZ Ibu Pejabat. Secara tidak langsung program seumpama ini dapat merapatkan ukhuwah dan semangat kebersamaan di kalangan kakitangan. Semoga amalan mentadabbur quran sentiasa sebati di dalam jiwa kakitangan dan bakal mendapat syafaat al-Quran di akhirat nanti.

Disediakan oleh,
Che Samsol bin Ibrahim
Bahagian Perhubungan Awam Dan Korporat

Read 306 times