Thursday, 02 June 2022 08:28

SAMBUTAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI PKZ PAHANG 2022

Rate this item
(0 votes)

Kuantan, 27 Mei 2022 - Dalam meraikan bulan Syawal yang penuh meriah, Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang telah mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat PKZ Pahang pada 27 Mei 2022 bersamaan 24 Syawal 1443 Hijriyyah.

Para jemputan mulai hadir pada jam 10.30 pagi dan terus memenuhi Bilik Seminar Ibu Pejabat PKZ Pahang sehingga jam 1.00 petang. Rumah terbuka tersebut telah dihadiri lebih 500 orang tetamu yang terdiri daripada para pembayar, ejen–ejen zakat dan wakil-wakil jabatan sekitar Kuantan.

Majlis sambutan turut diserikan dengan kehadiran YH Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang. Bekas Pengerusi Pusat Kutipan Zakat Pahang YH Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan dan YH Leftenan Jeneral Dato’ Indera Haji Yazid bin Haji Arsyad, Panglima Angkatan Maskas Bersama Angkatan Tentera Malaysia (AB ATM).

Para kakitangan PKZ Pahang tidak melepaskan peluang untuk saling beramah mesra dengan tetamu di samping dapat menyampaikan info mengenai zakat dan PKZ Pahang. Pihak PKZ Pahang menyediakan pelbagai juadah hari raya yang terdiri daripada nasi minyak, sate, mee kari, lemang, dan lain-lain serta kuih muih untuk dinikmati oleh semua tetamu yang hadir.

Pengurus Besar Kanan, Dato’ Haji Halidan bin Md Daud mewakili pihak PKZ Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang memeriahkan majlis dan berharap semua pihak dapat bersama-sama PKZ Pahang dalam meningkatkan kesedaran Masyarakat Islam khususnya di Negeri Pahang bagi menunaikan kefardhuan Zakat dengan jayanya.

‘Seindah Ramadan Semeriah Syawal, Tunaikan Zakat Sebagai Amal’

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 113 times