Wednesday, 22 June 2022 23:58

MENYATUNI PENIAGA DAERAH RAUB

Rate this item
(0 votes)

20 MEI 2022, Raub – Menjadi kelaziman setiap bulan, Pusat Kutipan Zakat Pahang daerah Raub menjalankan program kutipan zakat perniagaan di kalangan peniaga-peniaga di sekitar daerah Raub. Program ini dijalankan selama dua belas hari bermula 20 Mei sehingga 31 Mei 2022 ini telah menerima bayaran zakat perniagaan daripada 37 peniaga dengan jumlah kutipan bayaran zakat sebanyak RM2,447.20.

Program kutipan bulanan zakat perniagaan yang dijalankan Pusat Kutipan Zakat Pahang ini adalah bertujuan memudahkan urusan pihak peniaga yang tidak berkesempatan untuk membayar zakat perniagaan mereka, terutama kepada peniaga yang berada jauh dari bandar. Pihak Pusat Kutipan Zakat Pahang akan terus komited dalam membantu peniaga-peniaga untuk membuat pengiraan dan menunaikan zakat mereka sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara PKZ dan masyarakat setempat.

Disediakan oleh,
Ahmad Mustaqim bin Zainol Abidin
Pegawai Zakat
PKZ Cawangan Raub

Read 19 times