Wednesday, 06 July 2022 04:19

TAKLIMAT WAKALAH SEKOLAH NEGERI PAHANG

Rate this item
(0 votes)

1 Julai 2022, Kuantan – Pusat Kutipan Zakat Pahang melalui Bahagian Khidmat Zakat Berjadual (KZB) telah berjaya mengadakan satu program secara maya melalui platfom microsoft team bersama lebih 150 orang kakitangan sekolah di negeri Pahang ini. Program taklimat pemulangan wang zakat kepada sekolah (Wakalah Sekolah) ini berlangsung selama setengah hari dengan penyertaan guru-guru dan kakitangan sekolah-sekolah terpilih dari seluruh negeri Pahang.

Program ini, dimulai dengan ucaptama oleh Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang YH Dato’ Haji Halidan Bin Md Daud dan diteruskan pula dengan taklimat dari Ketua Bahagian Korporat PKZ Pahang, Tuan Haji Che Samsol bin Ibrahim yang membicarakan berkenaan paduan dan syarat kelayakan bagi membolehkan sekolah memohon wakalah. Syarat dikenakan adalah potongan gaji bulanan kakitangan sekolah rendah mestilah melebihi RM1,000 sebulan manakalah potongan gaji bulanan bagi sekolah menengah pula perlu melebihi RM2,500 dan prestasi potongan gaji setiap sekolah mestilah melebihi 90% daripada jumlah kakitangan muslim. Di akhir program tersebut turut diadakan sesi soal jawab bagi menjawab sebarang kemusykilan yang timbul berkenaan Wakalah Sekolah.

Diharap dengan adanya program wakalah sekolah ini, dapatlah membuka mata warga pendidik untuk membuat potongan zakat ini kerana dengan adanya program wakalah ini maka pihak sekolah dapat memanfaatkan semula agihan zakat kepada asnaf di dalam sekolah sendiri seperti pelajar-pelajar miskin, pelajar mualaf, aktiviti keagamaan dan kelengkapan surau sekolah.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 139 times