Thursday, 21 July 2022 03:07

PKZ SAMPAIKAN KULIAH DHUHA MUSLIMAT

Rate this item
(0 votes)

6 JULAI 2022, KUANTAN - Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Biro Dakwah Surau As-Shariff, Taman Tas telah menjalankan satu program Kuliah Dhuha yang bertajuk “Harta Yang Membawa Ke Syurga”.

Kuliah Dhuha ini telah berlangsung pada jam 10 pagi sehingga 11pagi, yang mana melibatkan seramai 50 orang jemaah yang terdiri daripada muslimat dari kawasan sekitar. Kuliah Dhuha tersebut telah disampaikan oleh Ustazah Fatin Nor Azrin binti Omar selaku Penolong Pegawai Bahagian Dawah PKZ Pahang. Taklimat ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman kepada para jemaah berkaitan pensyariatan zakat serta kaedah pengiraan zakat harta dan mengfokuskan penerangan tentang zakat emas dan zakat wang simpanan kepada jemaah yang hadir.

Sepanjang Kuliah Dhuha berlangsung, jemaah menunjukkan respon yang positif dan keterujaan mereka untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang penerangan zakat harta ini. Dengan wujudnya program sebegini, diharap masyarakat mampu menambah ilmu pengetahuan dan dalam pada masa yang sama PKZ dapat menyebarkan dakwah zakat secara berterusan kepada masyarakat awam di negeri Pahang.

Semoga matlamat Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) untuk menyebarkan pengetahuan tentang zakat secara berterusan dapat dicapai dengan adanya program seperti ini agar segala penjelasan dan juga kaedah pelaksanaan rukun Islam yang ketiga ini dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat Islam terutamanya yang telah mencukupi syarat wajib membayar zakat.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 85 times