Tuesday, 23 August 2022 08:20

TAKLIMAT ZAKAT HARTA BERSAMA PKNP

Rate this item
(1 Vote)

KUANTAN, 19 Ogos 2022 – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) telah mengadakan “Taklimat Pengurusan Zakat Harta” dengan kerjasama Kelab Keluarga Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP). Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada penjawat-penjawat awam berkenaan pengurusan zakat. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ustazah Fatin Nor Azrin binti Omar selaku Penolong Pegawai Bahagian Dakwah PKZ Pahang yang berlangsung pada jam 10 pagi sehingga 11 pagi.

Selepas tamat taklimat, PKZ turut membuka kaunter penerangan zakat bagi memberi ruang kepada penjawat-penjawat awam untuk mendapatkan info lanjut serta membuat semakan bagi zakat harta mereka.

Diharapkan agar taklimat tersebut dapat memberi manfaat dan pengetahuan kepada masyarakat awam terhadap pengurusan zakat.

Disediakan oleh,
Syabeel bin Zulkifli
Bahagian Dakwah
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 132 times