Monday, 19 September 2022 02:13

TERIMA KASIH KERANA TERUS SETIA BERSAMA MINDA IMAM BESAR

Rate this item
(0 votes)

KUANTAN, 14 SEPTEMBER 2022 – Pusat Kutipan Zakat Pahang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para jemaah yang masih setia menuntut ilmu dalam program Minda Imam Besar anjuran bersama antara Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan dan Pusat Kutipan Zakat Pahang. Program yang bermula pada tahun 2019 (musim pertama) kini telah menjangkau ke musim ketiga.

Penampilan khas oleh YH Ustaz Dato’ Haji Badli Shah bin Haji Alauddin selaku Imam Besar Masjid Negeri telah menjadi tarikan utama program yang berkonsepkan pembacaan kitab dari kulit ke kulit.

Kuliah Dhuha ini juga disiarkan secara eksklusif oleh Media Zakat Pahang dengan kerjasama Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan secara langsung menerusi facebook rasmi Pusat Kutipan Zakat.

Sepanjang empat tahun program ini diadakan, sambutan dalam kalangan masyarakat setempat amat memberangsangkan dan sentiasa memberi sokongan yang tidak putus daripada awal sehingga kini. Jumlah jemaah yang turut serta dalam program ini juga menunjukkan peningkatan yang positif dari semasa ke semasa.

PKZ mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemaah yang setia menghadiri MIB dari awal sehingga kini. Semoga segala usaha untuk meningkatkan ilmu agama ini diberkati dan diterima oleh Allah serta istiqamah berada di atas jalan kebenaran menuju ke syurga yang abadi di akhirat kelak.

Disediakan oleh,
Syabeel bin Zulkifli
Bahagian Dakwah dan Penyelidikan
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 47 times