Friday, 23 September 2022 01:57

PROGRAM KAUNTER ZAKAT DAN WAKAF BERSAMA KOMUNITI ANJURAN MCMC

Rate this item
(0 votes)

RAUB, 12 September 2022 - Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang Cawangan Raub telah terlibat bersama-sama dengan beberapa agensi lain di dalam Program Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDI), anjuran Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang berlangsung di Felda Krau 01 Raub. Program separuh hari ini telah dihadiri lebih 250 orang terdiri daripada pelbagai lapisan warga Felda Krau 01.

Program ini juga turut melibatkan beberapa Agensi kerajaan lain seperti TEKUN, SSPN, TM, POS, MyTV, dan KKM. Setiap agensi dibenarkan untuk mengadakan pameran dan membuka kaunter perkhidmatan bagi memudahkan masyarakat setempat untuk melaksanakan urusan mereka. PKZ Pahang turut bersama-sama memeriahkan program ini dengan membuka kaunter dan khidmat penerangan zakat serta wakaf kepada hadiran yang hadir. Sesi taklimat zakat dan wakaf telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Khairon Bin Umar, Penolong Pengurus Zakat Cawangan Raub.

Seramai 30 orang telah melaksanakan Ibadah Wakaf sepanjang program berlangsung. Diharapkan program seumpama ini dapat memberi pendedahan yang jelas kepada masyarakat berkenaan tuntutan ibadah zakat dan wakaf.

Read 14 times