Kuantan, 18 Julai 2022 – Dalam usaha memantapkan lagi sistem perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang), adalah menjadi rutin tahunan PKZ Pahang akan menjalankan audit dalaman bagi memenuhi kelayakan persijilan ISO 9001:2015 (Pengurusan Kualiti Kategori Perkhidmtan) dan MS 1900:2014 (Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah). Skop pengauditan adalah berkaitan Pengurusan Kutipan Zakat Harta. Tujuan audit dalaman ini diadakan adalah bagi mempastikan PKZ dapat memberi perkhidmatan kutipan dan penerangan zakat harta yang terbaik kepada masyarakat Islam bahkan mempastikan pengurusan yang mematuhi Syarak. Bagi tahun ini, proses audit dari SIRIM QAS dilaksanakan selama dua minggu bermula 18 Julai sehingga 05…
KUANTAN, 15 JULAI 2022 - Prestasi kutipan zakat di seluruh Pahang bagi separuh tahun pertama 2022 mencatatkan peningkatan sebanyak 14.7 peratus atau RM10.5 juta berbanding tempoh sama tahun 2021. Penyumbang terbesar bagi kutipan zakat harta tahun ini ialah sumbangan daripada sektor potongan gaji sebanyak RM33.6 juta manakala sumbangan daripada zakat perniagaan termasuklah badan-badan korporat dengan sumbangan sebanyak RM18 juta. Jumlah pembayar zakat harta pula meningkat kepada 85,131 orang dengan jumlah bayaran sebanyak RM81.9 juta berbanding 82,762 dengan jumlah RM71.4 juta pada tempoh sama tahun 2021. Majlis penyerahan zakat tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang…
14 Julai 2022, Pekan – Pusat Kutipan Zakat Pahang daerah Pekan telah berjaya mengadakan satu program penerangan wakalah bersama 48 orang guru besar sekolah di sekitar daerah Pekan. Program taklimat pemulangan wang zakat kepada sekolah (Wakalah Sekolah) ini berlangsung selama setengah hari dengan penyertaan semua Guru Besar dalam daerah Pekan. Taklimat program ini telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Zakat daerah Pekan, Haji Khahirul Anuar bin Abdullah yang membicarakan berkenaan paduan dan syarat kelayakan bagi membolehkan sekolah untuk memohon wakalah. Syarat yang dikenakan adalah potongan gaji bulanan kakitangan sekolah rendah mestilah melebihi RM1,000 sebulan manakalah potongan gaji bulanan bagi sekolah menengah…
6 JULAI 2022, KUANTAN - Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Biro Dakwah Surau As-Shariff, Taman Tas telah menjalankan satu program Kuliah Dhuha yang bertajuk “Harta Yang Membawa Ke Syurga”. Kuliah Dhuha ini telah berlangsung pada jam 10 pagi sehingga 11pagi, yang mana melibatkan seramai 50 orang jemaah yang terdiri daripada muslimat dari kawasan sekitar. Kuliah Dhuha tersebut telah disampaikan oleh Ustazah Fatin Nor Azrin binti Omar selaku Penolong Pegawai Bahagian Dawah PKZ Pahang. Taklimat ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman kepada para jemaah berkaitan pensyariatan zakat serta kaedah pengiraan zakat harta dan mengfokuskan penerangan tentang zakat emas…