Rompin – 14 Ogos 2019 bersamaan 13 Zulhijjah 1441H, segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, pada 14 hingga 17 Ogos 2019 seramai 6 orang petugas daripada PKZ Zon Timur yang diketuai oleh Penolong Pegawai Zakat Daerah Kuantan, Ustaz Mohd Amran bin Haji Abd Hamid dan 5 orang pegawai zakat yang mewakili Pejabat Zon Timur telah mengadakan program kunjungan zakat bagi menyantuni pembayar-pembayar zakat perniagaan yang saban tahun menanti ketibaan kami untuk menyempurnakan rukun islam yang ketiga di Pulau Tioman, Rompin Pahang. Alhamdulillah, pada tahun ini ada penambahan 10 orang pembayar baru sekaligus menjadikan bilangan pembayar zakat…
BENTONG – 14 Ogos 2019 bersamaan 13 Zulhijjah 1440; Baru-baru ini pihak Felda Wilayah Mempaga telah mengadakan satu Program Korban di mana pihak beliau telah menjemput Pusat Kutipan Zakat (PKZ) bagi mengisi satu slot untuk memberi taklimat berkenaan dengan zakat. Taklimat itu telah diberikan sendiri oleh Pengurus PKZ Zon Barat iaitu Mohd Zaisam bin Zainal. Di dalam taklimat tersebut beliau telah berkongsi sedikit sebanyak berkenaan dengan Wajib Taksir Zakat (WTZ). Taklimat yang diberikan telah memberi respon yang baik kepada penduduk di sana apabila masing-masing telah mengajukan beberapa soalan bernas kepada Pengurus Zon Barat sebagai respon mereka amat tertarik dengan apa…
Ketika ditemuramah bersama wartawan Sinar Harian Roshila Murni Rosli, Ketua Pegawai EksekutifLembaga Zakat Negeri Kedah Syeikh Zakaria bin Othman berkata, “Fungsi zakat adalah sebagai pengimbang kepada sosio ekonomi umat Islam.Orang miskin ini akan ada selagi mana adanya orang kaya. Ini adalah Sunnatullah. Sebab itu orang kaya ini perlu mengeluarkan zakat dariharta mereka dan zakat itu kepada siapa lagi, kalau bukan kepada orang miskin.”“ALLAH telah wajibkan zakat kepada orang kaya bagi membantu orang miskin. Apabila masih ada orang miskin yang tidak terbela, itu bermakna pasti di sana masih ada orang kaya yangtidak mahu mengeluarkan zakat.Dalam sebuah hadis riwayat Imam At-Tabrani, Rasulullah…
KUANTAN – Unit Kaunter Bergerak (UKB) Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) dibukasepanjang tahun bagi memudahkan orang awam untuk membuat pertanyaan, kiraan danpembayaran zakat di lokasi yang ditetapkan. UKB menjadi pilihan bagi mereka yang tidaksuka bersesak ke pejabat PKZ di tengah-tengah bandar dan mengelak daripada masalahmencari tempat parkir.Kaunter Bergerak yang dibuka beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9.00pagi hingga 4.00 petang di lokasi-lokasi terpilih sekitar Kuantan, Pekan dan Muadzam Shahtermasuk di beberapa buah Gugusan Felda berhampiran. Pada setiap hari Isnin UKB akanberoperasi di hadapan Bank Kerjasama Rakyat Indera Mahkota bagi memenuhi keperluanmasyarakat sekitar.Di Temerloh juga terdapat satu Unit Kaunter…