Kuantan- 15 Disember 2018 Sabtu, Pusat Kutipan Zakat Pahang dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Sultan Haji Ahmad Shah (KUIPSAS) telah mengadakan seminar zakat kepada para pelajar yang dikenali sebagai Seminar Zakat @ IPT. Menerusi kerjasama antara PKZ dan KUIPSAS, PKZ telah berjaya menjadikan seminar ini sebagai acara tahunan yang wajib dilaksanakan. Seramai 300 orang pelajar terlibat dan terdiri daripada pelajar Dakwah, Syariah dan Kewangan. Seminar ini telah dirasmikan oleh Dato Haji Yahya Bin Zainal Abidin selaku Rektor (KUIPSAS) dan wakil perasmi daripada Pusat Kutipan Pahang (PKZ) adalah Ustaz Felza Zulrrafaaee Bin Abd Hamid. Seminar ini berlangsung selama satu hari bermula…