Nisab |
Kadar Yang Diwajibkan Zakat |
40-120 |
1 kambing atau biri-biri |
121-200 |
2 kambing atau biri-biri |
201-399 |
3 kambing atau biri-biri |
Nota: sekiranya biri-biri maka umurnya mestilah 1 tahun atau lebih dan sekiranya kambing mestilah berumur 2 tahun atau lebih.
Panduan: bagi jumlah 400 ekor ke atas, zakatnya ialah 1 ekor bagi setiap 100 ekor.
Had minima nisab bagi zakat ternakan lembu/kebau ialah apabila seseorang memiliki 30 ekor binatang lembu/kerbau. Dan bertambah mengikut ketetapan seperti jadual di bawah:
Nisab |
Kadar Yang Diwajibkan Zakat |
30-39 |
1 jantan atau betina |
40-59 |
1 betina |
60-69 |
2jantan |
70-79 |
1jantan& 1 betina |
80-89 |
2 betina |
90-99 |
3 jantan |
100-109 |
2 jantan& 1 betina |
110-119 |
1 jantan & 2 betina |
Nisab bagi zakat ternakan unta bermula apabila seseorang itu memiliki 5 ekor unta dan tidak diwajibkan zakat sekiranya kurang dari jumlah tersebut. Kemudian iainya bertambah berdasarkan jadual di bawah :
Nisab |
Kadar Yang Diwajibkan Zakat |
5-9 |
1 ekor kambing |
10-14 |
2 ekor kambing |
15-19 |
3 ekor kambing |
20-24 |
4 ekor kambing |
25-35 |
Bintu makhad-unta yang usianya 2 tahun |
36-45 |
Bintu labun-unta yang usianya 3 tahun |
46-60 |
Hiqqah- unta yang usianya 4 tahun |
61-75 |
Jaza’ah-unta yang usianya 5 tahun |
76-90 |
2 ekor bintu labun |
91-120 |
2 ekor Hiqqah |
Jikalau jumlah unta lebih dari 120 ekor, maka wajib bagi setiap tambahan 40 ekor unta dikeluarkan seekor bintu labun dan tambahan 50 ekor unta dikeluarkan seekor Hiqqah. Ini bermakna jikalau berlalunya haul, 3 ekor bintu labun dan seekor hiqqah. Ini kerana 170 ekor unta adalah 3 kali jumlah 40 dan sekali jumlah 50 (3x40)+(1x50)=120+50=170.